Friday, 21 February 2014

50 Tips Membina Keluarga Bahagia

50 Tips Membina Keluarga Bahagia - Dr Fadzilah Kamsah

Mari kita amalkan doa ini agar kebahagiaan berkekalan dalam keluarga

✿ Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik (tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang)
✿ Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup (yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda)
✿ Suami mithali menjadi kebanggaan isteri (pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa yang boleh dibanggakan oleh isteri anda)
✿ Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat (apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun)
✿ Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari (semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami)
✿ Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri (isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut)
 ✿ Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra (setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri)
 ✿ Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja (ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan)
✿ Amalkan makan bersama setiap hari (berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan)
✿ Ajak isteri mandi bersama sekali sekala (bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri)
 ✿ Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin (amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah)
✿ Bantu isteri melakukan kerja rumah (ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda)
✿ Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria (ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri)
✿ Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah (jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin)
✿ Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami (ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam)
✿ Jadikan penawar hati kepada isteri (ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera)
✿ Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
✿ Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri (ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan)
✿ Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri (ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri)
✿ Bentuk sifat cemburu yang positif (cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai)
✿ Jadilah suami yang pemaaf (syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga)
✿ Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang (isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak)
✿ Gunakan Nabi Muhammad sebagai model (hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah)
✿ Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain (ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini)
✿ Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain (apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia)
✿ Cintai isteri sepenuh hati (cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa)
✿ Sentiasa berubah secara positif (sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang)
✿ Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga (ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga)
✿ Pamer kematangan yang tinggi (orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah)
✿ Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya (ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah)
✿ Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami (Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita)
✿ Mahir dalam menguruskan keluarga (peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum)
✿ Membaiki diri secara berterusan (tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan)
✿ Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga (doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga)
✿ Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga (sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga)
✿ Tingkatkan ilmu berkenaan agama (lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga)
✿ Sentiasa menegakkan kebenaran (tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah)
✿ Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi (tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak)
✿ Latih diri memuji dan menghargai isteri (ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji)
✿ Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri (senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah)
✿ Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. (apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu)
✿ Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri (pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa)
✿ Nilai diri daripada kaca mata isteri (buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia)
 ✿ Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia (bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya)
✿ Suami wajar belajar jadi mengikut setia (patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama)
✿ Buat undang-undang dalam rumah tangga (apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian)
✿ Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri (serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati)
✿ Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang (pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur)
✿ Seimbangkan hidup dengan sempurna (rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa)
 ✿ Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang


♥ BRIDE TO BE ♥

Friday, 14 February 2014

Puding Roti

Salam pagi Jumaat yang indah
ni Cik Ai nk cerita peristiwa Rabu yang lepas
kat opis Cik Ai ade wat pot luck bagi meraikan rakan-rakan yang berjaya menyambung perkhidmatan di kampung halaman memasing
bila dah namanya pot luck makanya setiap orang harus menyumbang sedikit makanan-makanan
maka ini Cik Ai pon tunjuk la hebat dengan menghasilkan Puding Roti yang sedap kawww
arini terajin pulak nak kongsi resepi puding roti tu

Bahan - bahan :
7 - 8 keping roti ( Cik Ai guna roti Gardenia )
500 ml susu segar ( Cik Ai guna susu Dutch Lady Full Cream ) *
2 biji telur *
4 sudu besar gula halus *
1 sudu teh esen vanilla ( nak bagi wangi cikit ) *
1 sudu kecil serbuk kayu manis *
2 sudu besar butter ( dicairkan )
3 sudu besar kismis

Bahan - bahan Sos Kartard :
1 tin susu cair
1/4 tin air ( Cik Ai sukat menggunakan tin susu cair tadi )
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara - cara :
✍ Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda * didalam mangkuk. Koyakkan roti dan masukkan kedalam mangkuk tadi. Biarkan roti terendam dan meresap seketika. Panaskan oven pada suhu 180°c
✍ Masukkan kismis dan butter yang telah dicairkan kedalam mangkuk tadi. Gaulkan sebati adunan. Tuangkan adunan kedalam acuan / loyang yang telah di gris dengan butter. Taburkan lebihan kismis untuk dijadikan sebagai hiasan ( barulah comel cikit puding roti tu )
✍  Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit / sehingga masak. Setelah masak, ketepikan puding sehingga sejuk sebelum dipotong
✍ Untuk sos kastard, campurkan semua bahan-bahan sos dan masak menggunakan api sederhana sehingga pekat. Tahap kepekatan sos bergantung kepada selera masing-masing


Gambar from officemate

* selamat mencuba you alls *

 


♥ BRIDE TO BE ♥

Monday, 10 February 2014

❤ We Are Already Married ❤

25 Januari 2014
selamat lah kami di Ijab Qabul kan
semoga kebahgiaan kami berkekalan hingga ke Jannah
dikurnia kan zuriat-zuriat yang soleh & solehah
Amin

♥ i love my husband so much ♥

♥ BRIDE TO BE ♥

Monday, 20 January 2014

Tuesday, 2 October 2012

2 Oktober 2012

O.M.G 
da masuk bulan Oktober da 
sungguh cepat masa berlalu 
semoga harapan & impian tahun 2012 ni tercapai 

Ya Allah
Kau permudahkan urusanku 
Kau berkatilah urusanku
Sesungguhnya Kau Maha mengetahui diatas setiap kejadian
Amin

♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday, 19 September 2012

Ciri Suami Yang Awesome


Solat fardhu cukup 5 waktu 

Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau 

Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan 

Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain

Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq

Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah 

Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk 

Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu 

Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw.." 

Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD 

Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain 

Jenis senyum sokmo 

Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi 

Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung 

Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak 

Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns 
(Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

andai la ade calon-calon suami bergini, syukur Alhamdulillah
# Ustaz Azhar Idrus

♥ BRIDE TO BE ♥

Segmen : Saya Nak Di Review & Promote

 
 mari ramai-ramai join segmen miss Z ni 
memng xdak hadiah, tapi blog korunk akan di view oleh blogger laen 
lai..lai..lai..
kul 2 ptg ni da nk ttup da

 
ni header blog cik ai comel ke x comel? 
(biar pon korunk ckp x comel, cik ai tetap ckp comel :P)

♥ BRIDE TO BE ♥

Dashboard Dah Bertukar

aiyak..! bukak2x blog je, tgk2x dashboard da automatic bertukar 
sebelum ni pnah jugak sekali jadik cenggini 
pastu cik ai ikut la tutorial yang lyssa bagi kat SINI 
 kali ni terjadik lagi 
kononnye nk ikut la tutorial yang lyssa bg tu 
tapi ape pon x bley 
x boleh da nak tukar ke dashboard lme 
xde da button "Old Blogger Interface"

 
redha je la blog da btukar wajah baru

| korunk-korunk cube tgk dashboard masing-masing |
| bertukar tak eak |

♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday, 18 September 2012

Aku Sayang Kamu Sahaja

bila kita da merancang ke arah perkahwinan, maka muncul la semula ex-boipren ko yang dulu-dulu..
tu nme nye dugaan nak menguji perhubungan kita nie
(bff cik ai penah ckp cmnie satu mse ritu)

ape yang diperkatakan oleh bff cik ai tu, cik ai sedang mengalami nya sekarang ni
haish..!
apakah sume ni?
kenapa mesti korunk2x muncul semula
dan kenpa mesti aku nk melayan ye?

wahai hati dan perasaan ooii..!
please la..!
tolong la kawal diri tue
tolong serius okey..!
jnji dgn diri sendiri tue yang kau nak fokus pada yang satu
please ye..!


AKU SAYANG KAMU SORANG SAHAJA

♥ BRIDE TO BE ♥

Monday, 17 September 2012

Jantung Macam Nak Tercabut Daa

sape kat muka bumi ni xmo kawen da
haish..!
bohong bebenor la kan kalo xmo kawen
('gay' atau 'lesbian' tu special kes nye)

cik ai rse diri ini mcm da smpai seru je nk ke arah perkahwinan
en.boipren pon da jmpe family cik ai
cik ai pon da jmpe family en.boipren
family en.boipren ni okey sesangat
boley kot cik ai nk msuk lyan kepla dieorg
mse en.boipren dr umah mse tue, family cik ai layan okey je
(mcm bg green light je mak ngan abah ni)

first step da okey kot
skunk ni nk tunggu jwpan abah pulak
abh okey ke tak eak?
aduhai.
risau ati dibuatnya
bdebar ni duk tunggu kputusan abh
mcm nk tcabut jntung ni
cik ai harap abah bagi la jwapan yg positif ye abah


Ya Allah Ya Tuhanku
Jika suda tertulis dia jodohku,
Kau satukanlah hati kami
Kami berkatilah hubungan kami
Kau jadikan lah kami pasangan yang halal
Kau lembutkanlah ati kedua ibu bapa ku agar dapat terima nya seadanya
Amin

♥ BRIDE TO BE ♥

Friday, 14 September 2012

Happy Birthday Cik Ai

14 September 2012

Alhamdulillah
Dipanjangkan umur, diberikan peluang untuk bernafas dibumi Allah ini
Pejam celik suda 25 taun da umur ni
byk da angka nya kan
tapi still maintain comel oke
bufday taun ni mcm xbpe nak best kot
da besar kot tu yg x meriah lg
tapi ade la sikit harapan / impian yang cik ai nak
meh cik ai list kn ea

◆ semoga panjang umur ◆
◆ semoga dmurahkan rezeki, diberkati hidup didunia dan akhirat ◆
◆ semoga cepat dipertemukan jodoh ◆
◆ semoga dipermudahkan perjalanan hidup ◆

semoga ape yang dihajati tercapai
Amin

Happy Bufday Cik Ai


pasni mau bergiat aktif semula dengan blog . kesian blog ni da bersawang . peace

♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 2 August 2012

Wednesday, 27 June 2012

Rahsia Tapak Tangan






hah..!
rini cik ai nk kongsi rahsia disebalik tapak tangan kita
jom la kite tgk
tapi jgn percaya tau, just for fun only
ingt tu, jgn taksub sgt percaya benda
just suke2x je nie pon

◆ Garis Kehidupan ◆
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

◆ Garis kecergasan ◆
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
<---more--->

♥ BRIDE TO BE ♥

Saturday, 23 June 2012

Apakah Sifat-sifat Terpuji ?






✔ Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat
✔ Memelihara penglihatan
✔ Memelihara Lidah
✔ Bersifat Pemalu
✔ Bersifat Lembut dan Sabar
✔ Bersifat Benar dan Jujur
✔ Bersifat rendah diri
✔ Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
✔ Bersifat pemurah
✔ Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)


disini cik ai senarai kan 10 sifat-sifat terpuji
hah..!
ade satu sifat tue cik ai besar kan font + bold
perasan tak korunk?
adakah korunk mempunyai ciri-ciri sifat terpuji yang cik ai bold kan tue?
kalo la ader, meh ler klik sume link kat bwh nie

SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
TUJUH
LAPAN
SEMBILAN
SEPULUH

kalo da klik, tinggalkan komen anda yer
nnt cik ai blog walking ke blog kamu
thanx you so much


♥ BRIDE TO BE ♥

Saturday, 16 June 2012

First Giveaway by Alia






join GA lagik
kamu berdua di tag DELTA CHARLIE dan KISAH DIARY
klik banner untuk join
klik SINI pon boleh jgk

♥ BRIDE TO BE ♥

Friday, 15 June 2012

Apa Tu Chika Pow Wow?








hah?
korunk penah dengar x Chika Pow Wow?
mesti ade yang penah dengar dan ader yang x penah dengar kan
cik ai dpt tau ni dr blog SINI (nak tau blog sape klik la.hahahaa.lagi la korunk xnak klik kan)

rupenye Chika Pow Wow ni mcm lelong.my
membida barang2x dan yang pasti barangan itu harga nya lebih rendah dari pasaran biasa
cik ai tgk itemnye yang dibida mmg kaw-kaw punye



mule2x cik ai nak join pon was2x la jugek
tapi bile tgk BEN ASHAARI berjaya memiliki apa yang beliau mahukan dengan tawaran harga yang rendah, cik ai pon terus la join
tapi blum lagi berjaya memiliki ape2x pon (maklumla bru je join x smpai sejam ni)

kalo korunk berminat, g je terus website die http://www.chikapowwow.com
sebelum nak join tue, kene la register dlu
untuk register klik SINI

selamat mencuba

♥ BRIDE TO BE ♥