Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, 27 June 2012

Rahsia Tapak Tangan






hah..!
rini cik ai nk kongsi rahsia disebalik tapak tangan kita
jom la kite tgk
tapi jgn percaya tau, just for fun only
ingt tu, jgn taksub sgt percaya benda
just suke2x je nie pon

◆ Garis Kehidupan ◆
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

◆ Garis kecergasan ◆
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
<---more--->

♥ BRIDE TO BE ♥

Friday, 15 June 2012

Apa Tu Chika Pow Wow?








hah?
korunk penah dengar x Chika Pow Wow?
mesti ade yang penah dengar dan ader yang x penah dengar kan
cik ai dpt tau ni dr blog SINI (nak tau blog sape klik la.hahahaa.lagi la korunk xnak klik kan)

rupenye Chika Pow Wow ni mcm lelong.my
membida barang2x dan yang pasti barangan itu harga nya lebih rendah dari pasaran biasa
cik ai tgk itemnye yang dibida mmg kaw-kaw punye



mule2x cik ai nak join pon was2x la jugek
tapi bile tgk BEN ASHAARI berjaya memiliki apa yang beliau mahukan dengan tawaran harga yang rendah, cik ai pon terus la join
tapi blum lagi berjaya memiliki ape2x pon (maklumla bru je join x smpai sejam ni)

kalo korunk berminat, g je terus website die http://www.chikapowwow.com
sebelum nak join tue, kene la register dlu
untuk register klik SINI

selamat mencuba

♥ BRIDE TO BE ♥

Jerebu Melanda KL Lagi





uhuk..uhuk..uhuk..
batuk pulak den ni hah
arini udara kat sekitar putrajaya sgt-sgt la teruk
jerebu katanya
sesak nafas dibuatnye

jerebu yang berlaku dipercayai berpunca daripada kemarau yang melanda Sumatera
nun diluar sne tue
byk kn minum air suam yer
jgn duk gatal nk maen2x kat luar tue
jge kesihatan anda

✿ psssttt...! cube tgk hp kt bwh tue. geram kot cik ai tgk. spec die pon mcm best. nk tau detail klik SINI atau klik je kt gambar tu ✿



♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday, 13 June 2012

Biodata Rasulullah S.A.W






◆ Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

◆ Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

◆ Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

◆ Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

◆ Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

◆ Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

◆ Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

◆ USIA 5 TAHUN
→ Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

◆ USIA 6 TAHUN
→ Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
→ Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

◆ USIA 8 TAHUN
→ Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
→ Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

◆ USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
→ Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

◆ USIA 20 TAHUN
→ Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
→ Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

◆ USIA 25 TAHUN
→ Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
→ Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
→ Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
→ Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

◆ USIA 35 TAHUN
→ Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
→ Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
→ Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

◆ USIA 40 TAHUN
→ Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

◆ USIA 53 TAHUN
→ Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
→ Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

◆ USIA 63 TAHUN
→ Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

sumber : SINI


♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday, 12 June 2012

Kenapa Wanita Suka Menangis?






Ya الله mengapakah wanita sering menangis?

Jawapannya :

kerana wanita itu unik

AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa

AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya

AKU lembutkan hatinya untuk memberikan rasa aman

AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia

AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah

AKU beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun

AKU kuatkan batinnya utk ttap menyayangi walau dikhianati, disakiti oleh orang2x yang disayangi

الحمدلله
aku bersyukur kerana diciptakan menjadi seorang wanita
jadinye lelaki kat luar sne, jgn la duk perlekeh kenapa permpuan menangis ye
adakah anda perempuan yang tabah?


♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 22 March 2012

samb. Kes Culik Lagi !

haish...!!
cik ai bru nak tido malam nie dengan lenanya
bile jengah2x google ni terjumpa la kes si Siti Nurfatihah gadis berumur 15 tahun yang dilaporkan kene culik aritu
kan cik ai ader buat entry psal kes nie kat SINI
tibe2x mlm ni cik ai terbaca perkembangan pasal si Fatihah nie
rupanya dia tak diculik
dia mengaku plak kan yang die duk umah family bf die
ciisss...!!
panas je cik ai malam nie bace berita katmynewshub.my
buley kan duk wat main2x pasal kes macam nie
kene culik btul2x bru pdan ngan muke tu
emosi cik ai dibuatnye


wahai anak-anak remaja diluar sne, pkirkan lah kedua ibu bapa anda sebelum melakukan sesuatu
tanpa ibu bapa, maka tiada lah kita didunia ini

♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday, 21 March 2012

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012

debaran semakin terasa bagi mereka yang dilahirkan pada 1994
lebey kurang jam 10 a.m nnt keputusan SPM akan diketahui
wah..!!
dub..dab..dub..dab jantung berdegup kencang
GUD LUCK untuk semua calon SPM yang duk berdebar tunggu result arinie

Sijil Pelajaran Malaysia
2012



♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday, 20 March 2012

Kes Culik Lagi !

Subahanallah..
tak habis lagi kes adik Dirang, kini timbul pula kes Fatihah di culik
remaja 15 tahun diculik ketika perjalanan pulang dr membeli topup
jarak kedai dengan rumah hanyalah 100meter
siapalah yang melakukan kerja penculikan tue



KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. (sumber : METRO ONLINE)

cik ai rase negara kita ni mcm da tak selamat je
kes culik melambak-lambak
pihak berkuatkuasa tak menjalankan tugasnye ke eak?
semakin menjadi2x plak kes culik nie
naik risau cik ai dibuatnye la
da la cik ai ni ader adik pompuan &anak buah pompuan
mintax dijauhkan la keluarga cik ai dr sebarang kesusahan

♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 15 March 2012

Ekspo Perkahwinan Dan Fesyen Putrajaya

ewah-ewah-ewah
cik ai ni pepagi ari lagi da post pasal kahwin nie
agak pelik nie
hahahhaaa..
tapi korunk2x jgn la pelik2x yer
post pasal kahwin je pon bkn pasal ape kn
sape la yg xnak kawen kan
fuhh..
semoga cepat lah jodoh cik ai. Amin
ni cik ai nk kongsi pasal "Ekspo Perkahwinan Dan Ekspo Putrajaya" :-



SAINGAN dalam dunia perniagaan memerlukan seseorang pengusaha itu menjadi lebih kreatif dalam mencari idea-idea segar bagi melonjakkan perniagaan yang diusahakan.

Ini terutamanya dalam perniagaan yang memerlukan pengusaha banyak menggunakan imaginasi dan kreativiti seperti dalam industri produk perkahwinan.

Atas dasar itu juga butik perkahwinan terkenal, Dios Astana Bridal menganjurkan Ekspo Perkahwinan dan Fesyen sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia sebagai platform kepada pengusaha produk perkahwinan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Ekspo dengan kerjasama Utusan Malaysia itu bakal berlangsung pada 23 hingga 25 Mac ini di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai 10 pagi hingga 10 malam.

Pengurus ekspo yang juga Eksekutif Pembangunan Francis Dios Astana Bridal, Nur Azielia Nadia Kamal berkata, ekspo ini bertujuan membuka peluang kepada pengusaha produk perkahwinan bersatu di dalam satu ruang pameran.

Beliau menjangkakan lebih 150 pengusaha produk perkahwinan daripada katering, butik pengantin, andaman, cendera hati, kad kahwin, studio fotografi dan videografi, kek dan pastri serta banyak lagi dapat dikumpulkan di bawah satu bumbung.

Ekspo ini turut mensasarkan pengusaha agen pelancong yang menawarkan pakej bulan madu dan percutian, syarikat pengurusan persembahan hiburan, sewa kereta pengantin, hotel dan restoran.

"Banyak kelebihan kepada pempamer terutama dari segi publisiti kerana kami jangka ekspo ini bakal mendapat liputan meluas daripada media dengan pembabitan akhbar Utusan Malaysia sebagai penganjur bersama.

"Melalui pameran ini, kami harap dapat menyuntik idea baru kepada pengusaha produk perkahwinan dalam menghasilkan kerja yang terbaik," katanya.

Sebagai penganjur, pihaknya menawarkan ruang pameran meliputi meja, kerusi, bakul sampah dan karpet untuk disewa.

"Ruang atau gerai pameran dijual pada harga pakej RM4,500 seunit dan potongan harga diberikan melebihi satu unit.

"Mereka yang membuat pengesahan awal pula layak menerima potongan harga sebanyak lima peratus," ujarnya.

Menurut Nur Azielia lagi, selain pameran ekspo sepanjang tiga hari itu, ia turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti terutama pertunjukan fesyen oleh pereka-pereka busana tempatan.

"Pakej untuk pertunjukan fesyen ini dijual pada harga RM2,000 untuk satu slot yang mana ia adalah terhad kerana kami hanya menawarkan 20 slot sahaja," tambahnya.

Selain itu katanya, turut diadakan demonstrasi produk dan perkhidmatan, persembahan artis-artis popular tanah air, bual bicara oleh badan-badan berkaitan perkahwinan, cabutan nombor bertuah dan pertandingan solekan serta gubahan.

Pengusaha produk perkahwinan dan berkaitan yang berminat menyertai ekspo ini boleh menghubungi Nadia atau Isanas Putra di talian 013-4441432 atau 03-80633020 atau 012-6842417 atau layari laman web www.diosastana.com.my : Utusan Online

sesiapa yang duk kat Putrajaya tu buley la jengah2x kt PICC tu
especially yg nak menjejaki ke alam perkahwinan tue kan
jom-jom-jom

♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 8 March 2012

Pemansuhan SBPA


arinie pnuh dkat wall fb pasal SBPA
arini kn PM duk umum pasal SBPA kat PICC tu
jd nye sume penjawat awam duk pulun la post pasal SBPA kat fb tu
SBPA DIMANSUHKAN
itulah yang diumumkan tadi
jadinya SSM dikekalkan lah
Alhamdulillah
syukur atas rezeki yang diberikan
kepada penjawat awam tu, laksanakan tugas anda dengan ikhlas, jujur dan telus ye
semoga berkat rezeki kita nanti
ni cik ai letak serba sedikit intipati yang PM ckp tadi :


Intipati ucapan PM diperhimpunan khas penjawat awam, antara yang tergempar adalah pembatalan SBPA

1.SBPA BATAL

2.Penubuhan suruhanjaya Khas Penambahbaikkan SSM

3.Pelarasan gaji
-Gred 1-54>13%
-Gred khas A/B/C-9%
-Turus 2 dan 3-8%
-turus 1 dan KSN -7%

4.kekal SSM dengan Jadual gaji matrik diganti dengan Jadual gaji min-max dengan kenaikan tahunan RM80-320.Jusa -kekal ikut kenaikan SSM.

5.COLA kawasan B dan C naik RM50(150/250)

6.Insentif wilayah,pendalaman dan kritikal diteruskan.

7.Pegawai pendidikan dikekalkan time based.


♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday, 6 March 2012

Fasha Terima Lamaran

hah..!!
tengok je muke depan harian metro hari ni terpapar Fasha Terima Lamaran
cube korunk bace ni hah :



KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

sumber : METRO ONLINE

semoga selamat la semua nye yer Fasha ♥ Jejai
peace (^_^)

♥ BRIDE TO BE ♥

Monday, 5 March 2012

Kasihnya Ibu, Sayangnya Ayah



Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Mak ♥ Abah
Kita sayang sangat-sangat dengan mak & abah
Kita bersyukur sgt sbb ade seorng mak & abah yang penyayang
Mak & abah didik kita dengan ilmu agama yang sempurna
Wlaupun kita dibesarkan dlm suasana kampung, tapi kita bersyukur
Kita tak tau nak balas mcm mane jasa mak & abah
Kita hanya mampu berdoa agar mak & abah dipanjang kan umur
Kita hanya mampu memohon padaNYA agar mak & abah di sihatkan tubuh badan
Kita hanya mampu sujud kepadaNYA memohon agar mak & abah dijauhi dr ganguan syaitan


Mak ♥ Abah
Tabah yer menghadapi dugaan ini
Kita sbg anak akan sentiasa disamping mak & abah walau apa cara sekalipun


Ya Allah Ya Tuhanku
Kau panjang kan lah umur kedua ibu bapa ku
Kau sihatkan lah tubuh badan kedua ibu bapaku
Kau berkatilah hidup mereka berdua
Kau tetapkan lah iman dalam hati mereka
Kau lindungi lah mereka dari manusia yang bertopeng kan syaitan
Amin

♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday, 28 February 2012

Mawi ♥ Ekin Dapat Baby Girl



join GA cik ai ye. klik SINI tau

Tahniah untuk korunk berdua
Ekin telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 4.00 pagi
alahai..
bestnye kan kalo ade baby
(wah...!!terlebey da cik ai ni.Insyallah ade rzeki nnt kn)
gambar baby Mawi ngan Ekin still xdak lagi la
cik ai tepek gambar Mawi ngan Ekin je la
aci kot kan :P


♥ ♥ ♥
sumber : Beautifulnara


♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 23 February 2012

Lisa Surihani ♥ Yusry


Alhamdulillah
Dengan sekali lafaz je Lisa da sah menjadi isteri kepada Yusry
Dengan mas kahwin nye seutas rantai platinum
Mesti ramai jejaka-jejaka diluar sana yang frust tertonggeng bile Lisa da jadi isteri org
hahhahahaa.
Relax bro.
Lisa da kawen, Neelofa masih ader lagi.
Pape p0n, cik ai nk ucap selamat pengantin baru untuk Lisa ♥ Yusry
Semoga berbahagi hingga akhir hayat



kalo nak tgk koleksi gambar pernikahan Lisa ♥ Yusry tengok SINI
♥ ♥ ♥

♥ BRIDE TO BE ♥

Microsoft Access


w0w..!!
setelah 4 taun cik ai tinggal kan benda alah nie,
mlm td cik ai menjengah semula Microsoft Access nie
da lame tak gune bnda ni mmg byk la lupenye kn
pdahal nk create form je bkn nk kene buat system pon


ni sume gara2x Encik Ehem-ehem la
caitt..!!
terbengkalai kije i tau nk potong kain
sabar je la ea
at least bule la refresh balik ilmu2x yang sekian lme terpendam tue
kan..kan..kan..


♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 16 February 2012

Resepi Kek Oren


selamat pagi Malaysia
hik..hik..hik..
dipagi yang ceria nie, cik ai tersenyum simpul gitu
xtau la pasal ape kan
tapi kt elok pagi2x da senyum je
murah rezeki arinie

semalam cik ai "testing2x" wt kek oren
fuh...!!
cik ai maen belasah ajer ikut resepi yg cik ai jumpe kt g00gle
cube punye cube, akhirnye..
menjadi la jugek
testing kali pertama tue
bangga sekejap cik ai semalam
mau x bangga nye
kek nye menjadi
ni yang excited nk memasak lagi nie
meh cik ai kongsi resepi nye yer


Bahan-bahannya :
1 biji orange - kite guna sebiji lagi dan sagat kulitnye sahaja.
1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1 cawan minyak - kite guna butter cair
Secubit garam

Caranya :-

* Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. * Kemudian ambil isi oren, buang urat putih.

* Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak.

* Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.

* Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.

* Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Korunk cube la yer
kot2x menjadik kan kek korunk tue
♥ ♥ ♥

♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday, 15 February 2012

Cara Remove Shortcut Virus Guna CMD


syukran..syukran
kan ritu cik ai post pasal xternal h/disk cik ai kene virus hampeh tu
hari ni dgn perasaan gembiranya ingin cik ai menyatakan bahawa external hardisk cik ai da kembali sihat seperti sedia kala
Alhamdulillah
rupenya tu gara2x "shortcut virus"
hampeh btul..!!
virus nie buat kite punye dokumen tu jd "shortcut"
cik ai x gune pon ape2x software untuk buang virus nie
cik ai remove gune "cmd" je

ni ler screenshot CMD tue ye

meh cik ai ajar cmne nk remove shortcut virus

Langkah 1 ♥ Install antivirus yg bolehpercayaannya tinggi. bagi cik ai Bitdifender ngan Avira pon okey. Install & update antivirus tue yer. Pastu scan xternal hardisk / pendrive korunk yang berkaitan tue.


Langkah 2 ♥ Untuk recover data yang telah dirasuk, sila pergi ke Start Menu -> Accessories -> Command Prompt. Kepada pengguna XP, sila tekan Start Menu > Run > taip cmd > Ok.


Langkah 3 ♥ Taip command di bawah nie ye

attrib -h -r -s /s /d j:\*.*




huruf j yang cik ai bold kan tue, merujuk pada dive letter korunk tau. Kalo korunk cucuk pendrive pastu kuar huruf Z, maka tukar j tu ngan huruf Z yer. Pastu korunk bersabar ckit. Dalam seminit dua je. Pastu try la bukak pendrive / external korunk tue

Langkah 4 ♥ Ni cik ai nak mintak tolong ler sesangat. Tolong jangan double click bila bukak pendrive tu. Sila right clik pastu click open. Bile da selesai operasi kat "cmd" tu, korunk bukak pendrive / external hardisk korunk tue. Korunk akan nampak dokumen korunk yang ader lambang shortcut dan xde shortcut. So, dengan senang ati nye korunk delete dokumen yang ader lambang "shortcut tue yer. Done..!

sekarang cik ai da buley tersenyum c0z external da sihat
♥ ♥ ♥

♥ BRIDE TO BE ♥

Krim Muka Beracun !!



PUTRAJAYA 14 Feb - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan Daily Protecting Cream : Jole et Beaute dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk-produk itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.

Menurutnya, penggunaan produk keluaran dari Jepun itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan. Sumber : ForumCari

wahai kaum wanita sekalian
berhati2x la korunk yer bile membeli krim muke
ni hah
ader satu jenis krim muke yg beracun
buley plak ader logam dlm tue
tak ke bahaya kat kulit muke tu
tolong berhati-hati yer
make sure krim muka yang korunk nak beli tu selamat yer
sayangi la muka anda


♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 9 February 2012

Muar Bandar Di Raja Johor




MUAR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.

Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM).

“Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan,” titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan maulidur rasul. Turut serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Menurut baginda, walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.

Baginda turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mempercayai bulat-bulat maklumat yang disebarkan melalui internet kerana ia belum tentu benar.

Sultan Johor berpesan agar masyarakat Islam sentiasa mengamalkan hidup berlandaskan Islam dan sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan mengamalkan suruhannya supaya mereka menjadi insan yang baik dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata kerajaan negeri akan merancang pembangunan di bandar diraja itu sesuai dengan statusnya sekarang.

“Ke bawah Duli Tuanku sering berangkat mencemar duli ke bandar ini kerana keindahannya yang terletak di muara Sungai Muar dan mempunyai bangunan-bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1920-an,” katanya.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin setempat bagi mengkaji bentuk pambangunan yang akan dilaksanakan di bandar ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jorak, Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh berharap kerajaan negeri memastikan tanah kerajaan di bandar ini dijadikan rizab tertentu bagi diseimbangkan dengan pembangunannya. – BERNAMA


cik ai bangga dilahirkan di Muar
org Muar ni tkenal ngan perkataan "Eak" di ujung perbualan
ala2x trademark org Muar la nie
Mi Bandung Muar sedap tu
meh dtg Muar meh, cik ai belanje mkn mi bandung

pegi bando, pakai selipo, lalu tepi pago, jumpe ular sawa beso, balik umah lmbat comform kene tampo, pastu merajuk nyorok dalam gebo

nak tau sejarah tentang MUAR tgk kat SINI
i u la MUO


♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday, 1 February 2012

Shila Amzah ♥ Sharnaaz Ahmad

♥ ♥ ♥
korunk ader tak terdengar gosip SHILA AMZAH ngan SHANAAZ AHMAD?
cik ai tgk kt AJL 26 baru2x nie, dieorg nie mmg btul2x sweet couple la.
secocok la cik ai tgk die berdua nie.
si SHILA AMZAH ni chumel.
si SHANAAZ AHMAD muke nye manis je.
(kalo la boipren cik ai ensem begini, sumpah x cri laen da.hik3x)
aduh..!!
buley jatuh cinta cik ai tgk si SHANAAZ AHMAD
(oppss..!!terlebey kn cik ai)
cik ai tepek sekeping dua gmbar dieorang nie.



muge2x korunk bahgia bersama.
i loike la both of u.
sweet couple.
♥ ♥ ♥
tekan cnie → ♥ ♥ ♥


♥ BRIDE TO BE ♥