Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, 9 April 2012

Bila Lelaki Serius Dalam Percintaan



♦ Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan ♦

♦ Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya ♦

♦ Si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu ♦

♦ Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu ♦

♦ Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu ♦

♦ Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati ♦

♦ Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya ♦

♦ kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya ♦

♦ Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek ♦

♦ Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap ♦

♦ Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga ♦

♦ Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya ♦

♦ Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya ♦

♦ Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ♦

♦ Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu ♦

♦ Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya ♦

♦ Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya ♦

:: wahai Encik Ehem-ehem, adakah anda mempunyai ciri seperti diatas ::
:: ♥ ♥ ♥ ♥ ::

♥ BRIDE TO BE ♥

Monday, 2 April 2012

Permainan Kanak-kanak Zaman Dulu

Sape yang lahir tahun 80'an?
Mesti korunk penah main permainan ni kan.

♥ Main Baling Selipar : Paling best permainan nie. Besenye cik ai ni maen time cuti sekolah jer. Yang paling best bile duk baling pakai selipar yang wrne putih pastu tali die warne biru tue. Tu kalo kene baling kat badan tue mau berbirat jgk tue



♥ Batu Seremban : Ni biase nye dak pompuan je yang main. Dak laki xmo maen knonnye x macho la tu. cait..!!


♥ Yang ni cik ai xtau panggil ape. Dulu siap abah tlg buat kan benda alah nie. pastu peluru die cik ai gune surat khabar yang da rendam dalam air tue. Pastu sumbat surat khabar tu dlm benda nie


♥ Ceper : hahhahaaa. cik ai taiko dlu ni maen ceper. Maen smpai 3 atau 4 orang. Pastu terkene turn dak yang terer maen, yang x terer tu kene la menunggu. Kadang2x tu smpi bosan dibuatnye menunggu giliran x tiba2x


♥ Pukul Berapa Datuk Harimau : "Pukul berapa datuk harimau, Pukul satu!!" ingat lagi x lagu die cmne.Yang paling cik ai x boleh lupe tue, siap koyak2x baju mmber yang jd ketua tue sbb kene tarik ngan anak buah. Punya la xnak kne tangkap ngan datuk harimau kan


♥ Brick Games : Zaman dulu kalo la ader games ni mmg da mewah sgt la. Cik ai dlu abah penah beli kan game nie pastu kene sorok ngan mak. Hahahhaa. Sampai ke sudah x jmpe. Mak ckp kalo x disorokkan nnt asyik maen games je. Pastu kalo nak maen tue siap pnjam umah sebelah lagi. Kelakar la


♥ Game Huruf : cik ai panggil ni games huruf. Games ni menguji daya pemikiran kita tau. Kengkadang tu bnda yang x penah kita dengar, bile maen games nie kite ley dengar tau


♥ Main pemadam : Dulu cik ai suke beli pemadam bayk2x. Kumpul mcm2x jenis gmambar kat pemadam tue. Smpai satu tahap tue, bile keje sekolah tersilap tue sanggup x gune pemadam yang bertimbun tue. Yang digunakan pemdam yang da kecik2x tue. Selalu kene marah ngan abah. hahahhahaaa


♥ Teng-teng : Main terlompat-lompat mcm katak. Macam2x bentuk lagi kot yang ada kalo x silap cik ai la


Rindunye zaman nie
Waktu ni xde la nak segan maen ngan lelaki
Banyak la lagi permainan yang ader
Sampai tak tersenarai cik ai
Budak zaman sekarang xde la nak merasa permainan cmni
Budak sekarang duk maen PSP, maen game kat tenet
Langsung xdak sikap kemasyarakatan kan
Andai la dapat diundur kan masa semula
Bahgia nya dunia ini
♥ I MISS THIS MOMENT ♥

♥ BRIDE TO BE ♥

Friday, 16 March 2012

Bagaimana Nak Pujuk Orang Merajuk

hah. semalam cik ai ader post pasal "SEBAB MERAJUK" kat SINI kan. arini cik ai nak kongsi ckit cmne plak nak pujuk org yang merajuk tue. Ni just panduan je tau bkn nye langkah-langkah yer :-



TERANGKAN PERKARA SEBENAR : Seelok-eloknya kita kene la berlaku jujur kan. Tak perlu lah nak berbohong bagai nie. Dosa tu. Ceritakan perkara yang sebenar berlaku pada si dia dan tanya kenapa si dia merajuk. Berterus terang la dlm hubungan tu. Bila kita bertanya khabar nya, si dia akan terasa dirinya amat lah dihargai dan disayangi.

BERTOLAK ANSUR & BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN : Tak salah kalo kita bertolak ansur kan. Bertolak ansur bukan bererti yang kita ni mengalah kan. Ala, ape la sgt kn kalo di bandingkan bertolak ansur psal perkara yang x seberapa nie. Dalam situasi si dia merajuk, kita perlulah bijak bertindak untuk memujuk ati si dia. Jangan pulak bertindak ikut nafsu plak yer. Nanti lain plak jadinye.

UCAPKAN KATA-KATA MANIS : hah. Pertuturan amat lah penting dikala ini. Tengah si dia merajuk tu, cube2x la bergurau ngan panggil die bucuk ke, comot ke, manje ke. Dalam tu selitkan la ayat2x super power dlm perbualan anda tue. Mesti chumel je saat itu kn.

NYANYIKAN LAGU BUATNYA : hahaha. Sanggupkah korunk nie menyanyikan untuk pasangan anda? Haish..! Kalo cik ai mmg tidak la kan. Mau ribut taufan puting beliung nnt kalo cik ai nyanyi. Maklumler sure mcm katak puru. Hahahhaaa. Mengarut da cik ai nie. Kembali ke tajuk asal. Korunk nyanyi la lagu untuk si dia yang merajuk nie. Nyanyi sme2x melalui hp. Ala-ala karaoke versi telefon. Mesti kelakar. Si dia mesti tersenyum-senyum kambing dengar kita menyanyi.

Kepada mereka yang suke merajuk tue, jgn la merajuk lelama sgt.
Kesian kat si pemujuk tu nnt.
Hargailah orang yang menyayangi kita

♥ BRIDE TO BE ♥

Sebab Merajuk

kenapa eak kite suke merajuk.? kadang2x tu smpai dua tiga ari rajuk nye tu. tak kira la mrajuk ngan sape. kadang2x tu duk merajuk ngan bf / gf. kdang2x tu duk merajuk ngan family la. kdang2x tu ader jgk yang merajuk ngan kengkawan. tapi kebiasaannye yang suke merajuk ni ialah pasangan yang bercita. seseorang merajuk diataskan beberapa sebab :-

CEMBURU : Ini merupakan faktor utama si dia merajuk. cemburu sebab ade yang cube mengambl anda dari dirinya. Contoh nye seperti ader rakan lelaki / perempuan nye yang cube mendekatkan diri dengan si dia .

TIDAK DAPAT APA YANG DIINGINKAN : si dia inginkan sesuatu dari anda tetapi anda tidak menunaikan permintaan si dia. Contohnye seperti si dia berkenan dengan dengan sepasang kasut ni dan si dia meminta anda untuk membeli nya namun anda tidak membeli kasut itu.

ORANG LAIN LEBIH HEBAT DARI DIA : kadangkala, si dia merajuk hanya kerana ingin kan perhatian dari anda. kadangkala juga, si dia merajuk sebab marah atau tidak selesa dengan keadaan / situasi. Dengan keadaan sebegitu, si dia memerlukan anda untuk mengubat perasaan rajuk dlm dirinya tetapi haruslah dengan cara yang berbeza-beza. kalau cara yang sama je memujuk, tkut buhsan plak si dia kn.


*** Kadang-kadang kalau kerap merajuk pon, si dia akan buhsan tau ***

♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday, 7 February 2012

Tip Cinta Hubungan Jarak Jauh


Dugaan memang pelbagai la bile cinta jarak jauh nie.
Masing2x xde depan mata kan, kejujuran amatlah diperlukan.
Kadang2x tu jeles tau bile tgk couple duk dating2x nie.
(maklumla, kite nk jmpe ari2x ssh)
Kadang2x tu ble tgk mmber2x yg couple dieorg dekat2x tu mcm best je kn.
Bile sakit je, nnt bf dieorg dtg p hantar g klinik.
Kalo yg bf jauh, kalo skit tue kne la g klinik sorng2x.
Kadang2x nk nages je rse nie. Sedey nye rse.
Tapi xpela.
Jauh bkn penghalang kot untuk bercinta kan.
Berjauhan x semestinye x bahgia kan.

Kalau da berjauhan tue, masing2x kene la :-

Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap ∴ selagi tubuh badan sihat, selagi poket nye menebal, g la ambik mase jmpe psangan korunk tue hah. Bila rindu..jumpa..Bila rindu..jumpa. Bile jumpe pasangan tu boleh la nk recharge blik kenikmatan & kehangatan cinta kalian berdua.

Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan ∴ kesetiaan amat penting tu dalm hubungan jarak jauh nie. Tak dinafikan la kdang2x tu timbul perasaan curiga ngan pasangan kita tue kan. Kalau kita setia pdanya, Insyallah die akan berlaku sebegitu juga pada kita.

Beri kejutan kepada pasangan anda ∴ Mentang-mentang la duk jauh kn, duk biar je pasangan korunk tue kan. da la lme x jmpe. Buat-buat la kejutan kt pasangan korunk tu. Delivery bunge2x cinta ke. So sweet tau. At least pasangan korunk terasa dihargai bile korunk wt kejutan kt die.

Encik Ehem-ehem,
cik ai rindu kat awok ler.
Bile la buley jumpe kan.
Nanti bile kite x sibuk, kite jumpe ea.
I Miss U la Encik Ehem-ehem
I ♥ Encik Ehem-ehem.


♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday, 2 February 2012

Amalan Dibuka Pintu Rezeki


¤ Menyempatkan diri beribadah → Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

¤ Memperbanyak istighfar → Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

¤ Tinggalkan perbuatan dosa → Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

¤ Sentiasa ingat Allah SWT → Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

¤ Berbakti dan mendoakan ibu bapa → Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim). Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

¤ Berbuat baik dan menolong orang yang lemah → Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

¤ Tunaikan hajat orang lain → Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

¤ Banyak berselawat → Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

¤ Buat kebajikan banyak-banyak → Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

¤ Berpagi-pagi → Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

¤ Menjalin silaturrahim → Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

¤ Melazimi kekal berwuduk → Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

¤ Bersedekah → Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

¤ Melazimi solat malam (tahajud) → Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

¤ Melazimi solat Dhuha → Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

¤ Bersyukur kepada Allah → Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

¤ Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu → Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

¤ Berdoa → Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

¤ Berikhtiar sehabisnya → Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

¤ Bertawakal → Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)
Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau berikanlah aku rezekiMU..
Kau turunkanlah rezekiMU dilangit untuk ku..
Kau keluarkanlah rezekiMU dari dasar bumi untuk ku..
Kau dekatkanlah segala rezekiMU kepada ku Ya Allah..
Aminn..

tekan cnie → ♥ ♥ ♥


♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday, 1 February 2012

Disebalik Huruf Pertama Nama Anda

A → Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B → Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C → Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D → Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E → Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F → Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G → Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H → Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I → Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J → Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K → Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L → Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M → Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N → Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O → Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P → Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q → Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R → Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S → Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T → Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U → Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V → Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W → Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X → Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y → Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z → Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

hah..!!
cepat la korunk check nama korunk mule huruf ape.
pastu korunk tgk la meaning disebalik huruf2x tue.
just sekadar bacaan.
kesahihan tu Wallahualam.
klik cnie yer → ♥ ♥ ♥
\(^_^)/

♥ BRIDE TO BE ♥

Saturday, 28 January 2012

Rahsia Tahi Lalat

♥ Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Byk rezeki, pandai ♥

♥ Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati ♥

♥ Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka ♥

♥ Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah ♥

♥ Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita ♥

♥ Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dlm segala hal & bpengetahuan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita ♥

♥ Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong ♥

♥ Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati ♥

♥ Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas ♥

♥ Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki ♥

♥ Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk ♥

♥ Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros ♥

♥ Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur ♥

♥ Tahi Lalat Pada Lutut kanan - B'sikap tak peduli & tak mahu b'usaha ♥

♥ Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha ♥

♥ Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita ♥

♥ Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun ♥

♥ Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap ♥

♥ Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun ♥

♥ Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal ♥

♥ Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah ♥

♥ Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya ♥

♥ Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia ♥

♥ Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat ♥

♥ Tahi Lalat Pada Batang hidung - Byk dcintai org & m'jadi kaya ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki ♥

♥ Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati ♥

♥ Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur ♥

♥ Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama ♥

♥ Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua ♥

♥ Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi ♥

♥ Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati ♥

♥ Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun ♥

♥ Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh ♥

♥ Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong ♥

♥ Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik ♥

♥ Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat m'buat kputusan, byk tanggungan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab ♥

♥ Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia ♥

♥ Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman ♥

♥ Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka ♥

♥ Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman ♥

♥ Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup ♥

♥ Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah ♥

♥ Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar ♥

♥ Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh ♥

♥ Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya ♥

♥ Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong ♥

♥ Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja ♥

♥ Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Byk rezeki tetapi boros ♥

♥ Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat ♥

♥ Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Byk rezeki, suka m'beri maaf ♥

♥ Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya ♥

♥ Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri ♥

♥ Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tak mudah d'lupakan psngan ♥

♥ Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya ♥

♥ Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha ♥

♥ Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya ♥

♥ Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka ♥

♥ Kelopak mata kanan bawah - Agak malas ♥

♥ Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana ♥


hah.
cepat belek kt ne tahi lalat korunk.
tp korunk jgn la terlalu pcye plak ngan rahsia tahi lalat nie.
just sekadar bacaan & hiburan je
jgn lupe tekan kat cnie → ♥ ♥ ♥
\(^_^)/


♥ BRIDE TO BE ♥