Wednesday 19 September 2012

Ciri Suami Yang Awesome


Solat fardhu cukup 5 waktu 

Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau 

Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan 

Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain

Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq

Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah 

Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk 

Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu 

Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw.." 

Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD 

Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain 

Jenis senyum sokmo 

Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi 

Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung 

Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak 

Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns 
(Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

andai la ade calon-calon suami bergini, syukur Alhamdulillah
# Ustaz Azhar Idrus

♥ BRIDE TO BE ♥

4 comments:

beat said...

suami mithali hasil dr didikan nabi

cik ai said...

@duniafana btul tu :)

Unknown said...

salam , cantik blog awk .. boleh tolong follow blog saya ? zieraamranstory.blogspot.com .. saya dah follow blog awk !!

cik ai said...

@Siti Hazirah Amran hye dear.done follow you :)