Friday 14 February 2014

Puding Roti

Salam pagi Jumaat yang indah
ni Cik Ai nk cerita peristiwa Rabu yang lepas
kat opis Cik Ai ade wat pot luck bagi meraikan rakan-rakan yang berjaya menyambung perkhidmatan di kampung halaman memasing
bila dah namanya pot luck makanya setiap orang harus menyumbang sedikit makanan-makanan
maka ini Cik Ai pon tunjuk la hebat dengan menghasilkan Puding Roti yang sedap kawww
arini terajin pulak nak kongsi resepi puding roti tu

Bahan - bahan :
7 - 8 keping roti ( Cik Ai guna roti Gardenia )
500 ml susu segar ( Cik Ai guna susu Dutch Lady Full Cream ) *
2 biji telur *
4 sudu besar gula halus *
1 sudu teh esen vanilla ( nak bagi wangi cikit ) *
1 sudu kecil serbuk kayu manis *
2 sudu besar butter ( dicairkan )
3 sudu besar kismis

Bahan - bahan Sos Kartard :
1 tin susu cair
1/4 tin air ( Cik Ai sukat menggunakan tin susu cair tadi )
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara - cara :
✍ Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda * didalam mangkuk. Koyakkan roti dan masukkan kedalam mangkuk tadi. Biarkan roti terendam dan meresap seketika. Panaskan oven pada suhu 180°c
✍ Masukkan kismis dan butter yang telah dicairkan kedalam mangkuk tadi. Gaulkan sebati adunan. Tuangkan adunan kedalam acuan / loyang yang telah di gris dengan butter. Taburkan lebihan kismis untuk dijadikan sebagai hiasan ( barulah comel cikit puding roti tu )
✍  Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit / sehingga masak. Setelah masak, ketepikan puding sehingga sejuk sebelum dipotong
✍ Untuk sos kastard, campurkan semua bahan-bahan sos dan masak menggunakan api sederhana sehingga pekat. Tahap kepekatan sos bergantung kepada selera masing-masing


Gambar from officemate

* selamat mencuba you alls *

 


♥ BRIDE TO BE ♥

3 comments:

Cik Itah said...

salam. nice sharing..bole la try nanti :)

cik ai said...

@Cik Itah@RRP wsalam..tq.nnt boley la try ;)

Cik Itah said...

salam. wahh..nampak macam sedap saja ni :)