Thursday 15 March 2012

Ekspo Perkahwinan Dan Fesyen Putrajaya

ewah-ewah-ewah
cik ai ni pepagi ari lagi da post pasal kahwin nie
agak pelik nie
hahahhaaa..
tapi korunk2x jgn la pelik2x yer
post pasal kahwin je pon bkn pasal ape kn
sape la yg xnak kawen kan
fuhh..
semoga cepat lah jodoh cik ai. Amin
ni cik ai nk kongsi pasal "Ekspo Perkahwinan Dan Ekspo Putrajaya" :-



SAINGAN dalam dunia perniagaan memerlukan seseorang pengusaha itu menjadi lebih kreatif dalam mencari idea-idea segar bagi melonjakkan perniagaan yang diusahakan.

Ini terutamanya dalam perniagaan yang memerlukan pengusaha banyak menggunakan imaginasi dan kreativiti seperti dalam industri produk perkahwinan.

Atas dasar itu juga butik perkahwinan terkenal, Dios Astana Bridal menganjurkan Ekspo Perkahwinan dan Fesyen sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia sebagai platform kepada pengusaha produk perkahwinan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Ekspo dengan kerjasama Utusan Malaysia itu bakal berlangsung pada 23 hingga 25 Mac ini di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai 10 pagi hingga 10 malam.

Pengurus ekspo yang juga Eksekutif Pembangunan Francis Dios Astana Bridal, Nur Azielia Nadia Kamal berkata, ekspo ini bertujuan membuka peluang kepada pengusaha produk perkahwinan bersatu di dalam satu ruang pameran.

Beliau menjangkakan lebih 150 pengusaha produk perkahwinan daripada katering, butik pengantin, andaman, cendera hati, kad kahwin, studio fotografi dan videografi, kek dan pastri serta banyak lagi dapat dikumpulkan di bawah satu bumbung.

Ekspo ini turut mensasarkan pengusaha agen pelancong yang menawarkan pakej bulan madu dan percutian, syarikat pengurusan persembahan hiburan, sewa kereta pengantin, hotel dan restoran.

"Banyak kelebihan kepada pempamer terutama dari segi publisiti kerana kami jangka ekspo ini bakal mendapat liputan meluas daripada media dengan pembabitan akhbar Utusan Malaysia sebagai penganjur bersama.

"Melalui pameran ini, kami harap dapat menyuntik idea baru kepada pengusaha produk perkahwinan dalam menghasilkan kerja yang terbaik," katanya.

Sebagai penganjur, pihaknya menawarkan ruang pameran meliputi meja, kerusi, bakul sampah dan karpet untuk disewa.

"Ruang atau gerai pameran dijual pada harga pakej RM4,500 seunit dan potongan harga diberikan melebihi satu unit.

"Mereka yang membuat pengesahan awal pula layak menerima potongan harga sebanyak lima peratus," ujarnya.

Menurut Nur Azielia lagi, selain pameran ekspo sepanjang tiga hari itu, ia turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti terutama pertunjukan fesyen oleh pereka-pereka busana tempatan.

"Pakej untuk pertunjukan fesyen ini dijual pada harga RM2,000 untuk satu slot yang mana ia adalah terhad kerana kami hanya menawarkan 20 slot sahaja," tambahnya.

Selain itu katanya, turut diadakan demonstrasi produk dan perkhidmatan, persembahan artis-artis popular tanah air, bual bicara oleh badan-badan berkaitan perkahwinan, cabutan nombor bertuah dan pertandingan solekan serta gubahan.

Pengusaha produk perkahwinan dan berkaitan yang berminat menyertai ekspo ini boleh menghubungi Nadia atau Isanas Putra di talian 013-4441432 atau 03-80633020 atau 012-6842417 atau layari laman web www.diosastana.com.my : Utusan Online

sesiapa yang duk kat Putrajaya tu buley la jengah2x kt PICC tu
especially yg nak menjejaki ke alam perkahwinan tue kan
jom-jom-jom

♥ BRIDE TO BE ♥

No comments: