Thursday 29 March 2012

Nirwana Band : Sudah Cukup Sudah


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja


download : ♥ NIRWANA BAND : SUDAH CUKUP SUDAH


♥ BRIDE TO BE ♥

Jawab Jawab dan Anda di Tag


mcam caya x caya je cik ai bile ader blogger yang sudi tag cik ai
hehehheee
syukurlah sbb ader juga blogger yang tau tentang kewujudan blog cik ai yang x seberapa nie
thanx ea AYUE c0z tag cik ai
tapi yang x best nye kene menjawab 11 soklan plak tu
hahahahaaaa
jwapan haruslah tulus dr ati, dont tipu2x
\(^_^)/

♣ anda anak ke berapa? ♣
" anak nombor 6 "

♣ nama penuh anda dan siapa yang bagi nama anda tu? ♣
" SITI HAJAR. Mak ngan abah sye yang bagi "

♣ hobi anda di masa lapang? ♣
" surfing internet, tidoq, menjahit "

♣ apa yang anda tak suka dan suka dalam berkawan nih? ♣
" TAK SUKA : hipokrit, talam bermuka-muka "
" SUKA : jujur, paham-memahami "

♣ apa yang anda tahu masak dan masakan paling sedap anda? ♣
" nasi putih + telur dadar "

♣ kalau tension apa anda buat? ♣
" nagis kuat-kuat "

♣ tempat yang paling anda nak sangat pergi? ♣
" mane eak? "

♣ siapa yang anda paling sayang dan kenapa? ♣
" of c0z la mak ngan abah saye kerana da jge sye, didik sye, lahir kan sye "

♣ kelebihan dan kekurangan anda? ♣
" LEBIH : lebey cakap "
" KURANG : pemalu kot "

♣ siapa idola anda dan kenapa? ♣
" sape eak? "

♣ anda alergik pada apa? ♣
" udang ngan ketam "

fuh...!!
macam menjawab soklan SPM plak nie
kalo menulis ni mau kejang da otot2x jari jemari ku ini
skunk ni turn cik ai plak buat soklan
sape yang cik ai tag tu, sesudi la menjawab


i) Anda dilahirkan dimana?
ii) Nama sebenar anda?
iii) Bilangan ahli keluarga anda?
iv) Tarikh lahir anda?
v) Lagu yang anda minat?
vi) Kali terakhir anda menonton wayang bila & cerita ape yang ditonton?
vii) Lokasi percutian yang diidamkan?
viii) Status korunk ape?Single/Married/Divorce?
ix) 3 blog yang anda minati & kenapa?
x) Makanan kegemaran anda?
xi) Handphone ape yang anda pakai sekarang nie?


cik ai nak tag
FYA PELANGI
DAK FISHA
DYSHA PINK

** maaf entry kali ni panjang yang amat **

♥ BRIDE TO BE ♥

Monday 26 March 2012

Kamera Holga 135TIM

hah..!
korunk mesti tertanya-tanya pe benda la Holga 135TIM tu kan
HOLGA, LOMO, DIANA adalah jenis kamera analog.
kamera nie menggunakan filem
tapi sekarang nie da ader yang digital tau
hasil daripada kamera ini memang unik tau
kadang kala tu cacat tapi itu lah sebenarnya keunikannya
kadangkala gambar yang diambil juga kita tak dapat nak agak hasilnya
peminat lomografi, snap pix menggunakan kamera2x tersebut merupakan satu kepuasan yang tak ternilai
maklumla, nak beli DSLR tak mampu kan

cik ai da sambar Holga 135 TIM da


kalau korunk nak lebih tau jenis kamera lomo yang ader buley la g SINI

♥ BRIDE TO BE ♥

2nd Giveaway by Yana Saniey

di pagi isnin yang mulia ini, cik ai join GA lagi
nak join?
klik banner kat bawah tu ea


cik ai tag eca ngan Ayue
tarik tutup : 30 MAC 2012

♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday 22 March 2012

samb. Kes Culik Lagi !

haish...!!
cik ai bru nak tido malam nie dengan lenanya
bile jengah2x google ni terjumpa la kes si Siti Nurfatihah gadis berumur 15 tahun yang dilaporkan kene culik aritu
kan cik ai ader buat entry psal kes nie kat SINI
tibe2x mlm ni cik ai terbaca perkembangan pasal si Fatihah nie
rupanya dia tak diculik
dia mengaku plak kan yang die duk umah family bf die
ciisss...!!
panas je cik ai malam nie bace berita katmynewshub.my
buley kan duk wat main2x pasal kes macam nie
kene culik btul2x bru pdan ngan muke tu
emosi cik ai dibuatnye


wahai anak-anak remaja diluar sne, pkirkan lah kedua ibu bapa anda sebelum melakukan sesuatu
tanpa ibu bapa, maka tiada lah kita didunia ini

♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday 21 March 2012

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012

debaran semakin terasa bagi mereka yang dilahirkan pada 1994
lebey kurang jam 10 a.m nnt keputusan SPM akan diketahui
wah..!!
dub..dab..dub..dab jantung berdegup kencang
GUD LUCK untuk semua calon SPM yang duk berdebar tunggu result arinie

Sijil Pelajaran Malaysia
2012



♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday 20 March 2012

Kes Culik Lagi !

Subahanallah..
tak habis lagi kes adik Dirang, kini timbul pula kes Fatihah di culik
remaja 15 tahun diculik ketika perjalanan pulang dr membeli topup
jarak kedai dengan rumah hanyalah 100meter
siapalah yang melakukan kerja penculikan tue



KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. (sumber : METRO ONLINE)

cik ai rase negara kita ni mcm da tak selamat je
kes culik melambak-lambak
pihak berkuatkuasa tak menjalankan tugasnye ke eak?
semakin menjadi2x plak kes culik nie
naik risau cik ai dibuatnye la
da la cik ai ni ader adik pompuan &anak buah pompuan
mintax dijauhkan la keluarga cik ai dr sebarang kesusahan

♥ BRIDE TO BE ♥

Friday 16 March 2012

Bagaimana Nak Pujuk Orang Merajuk

hah. semalam cik ai ader post pasal "SEBAB MERAJUK" kat SINI kan. arini cik ai nak kongsi ckit cmne plak nak pujuk org yang merajuk tue. Ni just panduan je tau bkn nye langkah-langkah yer :-



TERANGKAN PERKARA SEBENAR : Seelok-eloknya kita kene la berlaku jujur kan. Tak perlu lah nak berbohong bagai nie. Dosa tu. Ceritakan perkara yang sebenar berlaku pada si dia dan tanya kenapa si dia merajuk. Berterus terang la dlm hubungan tu. Bila kita bertanya khabar nya, si dia akan terasa dirinya amat lah dihargai dan disayangi.

BERTOLAK ANSUR & BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN : Tak salah kalo kita bertolak ansur kan. Bertolak ansur bukan bererti yang kita ni mengalah kan. Ala, ape la sgt kn kalo di bandingkan bertolak ansur psal perkara yang x seberapa nie. Dalam situasi si dia merajuk, kita perlulah bijak bertindak untuk memujuk ati si dia. Jangan pulak bertindak ikut nafsu plak yer. Nanti lain plak jadinye.

UCAPKAN KATA-KATA MANIS : hah. Pertuturan amat lah penting dikala ini. Tengah si dia merajuk tu, cube2x la bergurau ngan panggil die bucuk ke, comot ke, manje ke. Dalam tu selitkan la ayat2x super power dlm perbualan anda tue. Mesti chumel je saat itu kn.

NYANYIKAN LAGU BUATNYA : hahaha. Sanggupkah korunk nie menyanyikan untuk pasangan anda? Haish..! Kalo cik ai mmg tidak la kan. Mau ribut taufan puting beliung nnt kalo cik ai nyanyi. Maklumler sure mcm katak puru. Hahahhaaa. Mengarut da cik ai nie. Kembali ke tajuk asal. Korunk nyanyi la lagu untuk si dia yang merajuk nie. Nyanyi sme2x melalui hp. Ala-ala karaoke versi telefon. Mesti kelakar. Si dia mesti tersenyum-senyum kambing dengar kita menyanyi.

Kepada mereka yang suke merajuk tue, jgn la merajuk lelama sgt.
Kesian kat si pemujuk tu nnt.
Hargailah orang yang menyayangi kita

♥ BRIDE TO BE ♥

Sebab Merajuk

kenapa eak kite suke merajuk.? kadang2x tu smpai dua tiga ari rajuk nye tu. tak kira la mrajuk ngan sape. kadang2x tu duk merajuk ngan bf / gf. kdang2x tu duk merajuk ngan family la. kdang2x tu ader jgk yang merajuk ngan kengkawan. tapi kebiasaannye yang suke merajuk ni ialah pasangan yang bercita. seseorang merajuk diataskan beberapa sebab :-

CEMBURU : Ini merupakan faktor utama si dia merajuk. cemburu sebab ade yang cube mengambl anda dari dirinya. Contoh nye seperti ader rakan lelaki / perempuan nye yang cube mendekatkan diri dengan si dia .

TIDAK DAPAT APA YANG DIINGINKAN : si dia inginkan sesuatu dari anda tetapi anda tidak menunaikan permintaan si dia. Contohnye seperti si dia berkenan dengan dengan sepasang kasut ni dan si dia meminta anda untuk membeli nya namun anda tidak membeli kasut itu.

ORANG LAIN LEBIH HEBAT DARI DIA : kadangkala, si dia merajuk hanya kerana ingin kan perhatian dari anda. kadangkala juga, si dia merajuk sebab marah atau tidak selesa dengan keadaan / situasi. Dengan keadaan sebegitu, si dia memerlukan anda untuk mengubat perasaan rajuk dlm dirinya tetapi haruslah dengan cara yang berbeza-beza. kalau cara yang sama je memujuk, tkut buhsan plak si dia kn.


*** Kadang-kadang kalau kerap merajuk pon, si dia akan buhsan tau ***

♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday 15 March 2012

Fadilah ♥ Mohd Sobrie

syukur kepadaNya
sahabat cik ai telah pon selamat diijab kabul kan 10 Mac 2012 ritu
gembira kelihatan di raut wajahnya

'SELAMAT PENGANTIN BARU'
semoga bahagia didunia & diakhirat
cepat2 dapat baby tau

Selamat Pengantin Baru Sahabat

Luv U all la kawan

next reunion kat wedding Mizi tau
3 Jun 2012
cik ai harap ramai la yang dpt attend nnt
rindu nk gelak tawa ngan korunk semua tau

♥ BRIDE TO BE ♥

Ekspo Perkahwinan Dan Fesyen Putrajaya

ewah-ewah-ewah
cik ai ni pepagi ari lagi da post pasal kahwin nie
agak pelik nie
hahahhaaa..
tapi korunk2x jgn la pelik2x yer
post pasal kahwin je pon bkn pasal ape kn
sape la yg xnak kawen kan
fuhh..
semoga cepat lah jodoh cik ai. Amin
ni cik ai nk kongsi pasal "Ekspo Perkahwinan Dan Ekspo Putrajaya" :-



SAINGAN dalam dunia perniagaan memerlukan seseorang pengusaha itu menjadi lebih kreatif dalam mencari idea-idea segar bagi melonjakkan perniagaan yang diusahakan.

Ini terutamanya dalam perniagaan yang memerlukan pengusaha banyak menggunakan imaginasi dan kreativiti seperti dalam industri produk perkahwinan.

Atas dasar itu juga butik perkahwinan terkenal, Dios Astana Bridal menganjurkan Ekspo Perkahwinan dan Fesyen sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia sebagai platform kepada pengusaha produk perkahwinan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Ekspo dengan kerjasama Utusan Malaysia itu bakal berlangsung pada 23 hingga 25 Mac ini di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai 10 pagi hingga 10 malam.

Pengurus ekspo yang juga Eksekutif Pembangunan Francis Dios Astana Bridal, Nur Azielia Nadia Kamal berkata, ekspo ini bertujuan membuka peluang kepada pengusaha produk perkahwinan bersatu di dalam satu ruang pameran.

Beliau menjangkakan lebih 150 pengusaha produk perkahwinan daripada katering, butik pengantin, andaman, cendera hati, kad kahwin, studio fotografi dan videografi, kek dan pastri serta banyak lagi dapat dikumpulkan di bawah satu bumbung.

Ekspo ini turut mensasarkan pengusaha agen pelancong yang menawarkan pakej bulan madu dan percutian, syarikat pengurusan persembahan hiburan, sewa kereta pengantin, hotel dan restoran.

"Banyak kelebihan kepada pempamer terutama dari segi publisiti kerana kami jangka ekspo ini bakal mendapat liputan meluas daripada media dengan pembabitan akhbar Utusan Malaysia sebagai penganjur bersama.

"Melalui pameran ini, kami harap dapat menyuntik idea baru kepada pengusaha produk perkahwinan dalam menghasilkan kerja yang terbaik," katanya.

Sebagai penganjur, pihaknya menawarkan ruang pameran meliputi meja, kerusi, bakul sampah dan karpet untuk disewa.

"Ruang atau gerai pameran dijual pada harga pakej RM4,500 seunit dan potongan harga diberikan melebihi satu unit.

"Mereka yang membuat pengesahan awal pula layak menerima potongan harga sebanyak lima peratus," ujarnya.

Menurut Nur Azielia lagi, selain pameran ekspo sepanjang tiga hari itu, ia turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti terutama pertunjukan fesyen oleh pereka-pereka busana tempatan.

"Pakej untuk pertunjukan fesyen ini dijual pada harga RM2,000 untuk satu slot yang mana ia adalah terhad kerana kami hanya menawarkan 20 slot sahaja," tambahnya.

Selain itu katanya, turut diadakan demonstrasi produk dan perkhidmatan, persembahan artis-artis popular tanah air, bual bicara oleh badan-badan berkaitan perkahwinan, cabutan nombor bertuah dan pertandingan solekan serta gubahan.

Pengusaha produk perkahwinan dan berkaitan yang berminat menyertai ekspo ini boleh menghubungi Nadia atau Isanas Putra di talian 013-4441432 atau 03-80633020 atau 012-6842417 atau layari laman web www.diosastana.com.my : Utusan Online

sesiapa yang duk kat Putrajaya tu buley la jengah2x kt PICC tu
especially yg nak menjejaki ke alam perkahwinan tue kan
jom-jom-jom

♥ BRIDE TO BE ♥

Thursday 8 March 2012

Pemansuhan SBPA


arinie pnuh dkat wall fb pasal SBPA
arini kn PM duk umum pasal SBPA kat PICC tu
jd nye sume penjawat awam duk pulun la post pasal SBPA kat fb tu
SBPA DIMANSUHKAN
itulah yang diumumkan tadi
jadinya SSM dikekalkan lah
Alhamdulillah
syukur atas rezeki yang diberikan
kepada penjawat awam tu, laksanakan tugas anda dengan ikhlas, jujur dan telus ye
semoga berkat rezeki kita nanti
ni cik ai letak serba sedikit intipati yang PM ckp tadi :


Intipati ucapan PM diperhimpunan khas penjawat awam, antara yang tergempar adalah pembatalan SBPA

1.SBPA BATAL

2.Penubuhan suruhanjaya Khas Penambahbaikkan SSM

3.Pelarasan gaji
-Gred 1-54>13%
-Gred khas A/B/C-9%
-Turus 2 dan 3-8%
-turus 1 dan KSN -7%

4.kekal SSM dengan Jadual gaji matrik diganti dengan Jadual gaji min-max dengan kenaikan tahunan RM80-320.Jusa -kekal ikut kenaikan SSM.

5.COLA kawasan B dan C naik RM50(150/250)

6.Insentif wilayah,pendalaman dan kritikal diteruskan.

7.Pegawai pendidikan dikekalkan time based.


♥ BRIDE TO BE ♥

Wednesday 7 March 2012

Rezeki Di Petang Rabu



Syukur Alhamdulillah
Ku panjatkan syukur kepadaMu Ya Allah diatas rezeki yang telah Engkau berikan
Kau peliharalah diriku dari sikap takbur
Kau tetapkan lah imanku agar selalu dekat denganMu Ya Allah

Alhamdulillah
harini customer cik ai yang pertama da pon mengambil baju yang die tempah pada cik ai
Syukur sangat ya Allah
cik ai berharap agar dia berpuas hati dengan hasil jahitan cik ai


sesiapa yang ingin membuat tempahan BAJU KURUNG TRADISIONAL boleh la komen kt post cik ai nie
sepasang cuma RM38 je
sesiapa yang tinggal di Putrajaya amatlah dialu-alukan
sebarang pertanyaan buley la email ke cik.ai87@gmail.com
(no.tel akan diberikan kepada mereka yang serius sahaja)
♥ ♥ ♥

♥ BRIDE TO BE ♥

Tuesday 6 March 2012

Lyssa Follow Blog Cik Ai



salam tengahari semua
arinie ati cik ai berbunge-bunge
mau x berbunge-bunge nya bile Lyssa follow blog cik ai
hah..!
jgn x caye korunk semua
korunk semua mesti kenal kn siapa Lyssa nie
die ni salah seorng blogger terkenal tau
kalau nak kenal die dgn lebey lanjut, klik SINI

♥ thanx yer Lyssa c0z sudi follow blog cik ai yang tidak seberapa ini ♥

♥ BRIDE TO BE ♥

Fasha Terima Lamaran

hah..!!
tengok je muke depan harian metro hari ni terpapar Fasha Terima Lamaran
cube korunk bace ni hah :



KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

sumber : METRO ONLINE

semoga selamat la semua nye yer Fasha ♥ Jejai
peace (^_^)

♥ BRIDE TO BE ♥

Monday 5 March 2012

Speed List


Ape tu speed list?
empunya blog iaitu Amirul Amir ni ckap :

" Speed List adalah satu program untuk memudahkan anda berblogwalking, anda hanya perlu klik sahaja logo diatas dan ia akan automatik membuka 6 link bloger yang lain. Speed List akan sentiasa berada di sidebar blog ini. Penyertaan akan dibuka kepada 72 peserta terawal sahaja. Anda ingin tersenarai dalam list-list tersebut? "

Bunyik nye gempak kan. Sape yang xmo blogger-blogger lain jengah blog kite yang x sehebat blog Lyssa tu kan. Hah.! Kalo korunk nk blogger jengah blog korunk, cepat la join segmen nie. 72 org terawl je tau. Meh join meh. Klik cnie yer Amirul Amir.
♥ BRIDE TO BE ♥

Kasihnya Ibu, Sayangnya Ayah



Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Mak ♥ Abah
Kita sayang sangat-sangat dengan mak & abah
Kita bersyukur sgt sbb ade seorng mak & abah yang penyayang
Mak & abah didik kita dengan ilmu agama yang sempurna
Wlaupun kita dibesarkan dlm suasana kampung, tapi kita bersyukur
Kita tak tau nak balas mcm mane jasa mak & abah
Kita hanya mampu berdoa agar mak & abah dipanjang kan umur
Kita hanya mampu memohon padaNYA agar mak & abah di sihatkan tubuh badan
Kita hanya mampu sujud kepadaNYA memohon agar mak & abah dijauhi dr ganguan syaitan


Mak ♥ Abah
Tabah yer menghadapi dugaan ini
Kita sbg anak akan sentiasa disamping mak & abah walau apa cara sekalipun


Ya Allah Ya Tuhanku
Kau panjang kan lah umur kedua ibu bapa ku
Kau sihatkan lah tubuh badan kedua ibu bapaku
Kau berkatilah hidup mereka berdua
Kau tetapkan lah iman dalam hati mereka
Kau lindungi lah mereka dari manusia yang bertopeng kan syaitan
Amin

♥ BRIDE TO BE ♥

Segmen : Aku Ada Blog

Rose Merah Jingga ada anjurkan segmen
Jom join jom !


♥ Nama samaran korang sebagai blogger : CIK AI
♥ Nama blog korang : CIK AI NAMA SAYA
♥ Url blog korang : http://kupu2xgemuk.blogspot.com/
♥ Usia blog korang : 2 BULAN 10 HARI (masih lagi duk merangkak)

tarikh tutup : 13 MAC 2012

♥ BRIDE TO BE ♥

Friday 2 March 2012

Apa itu Paypal?


wahai blogger sekalian
cik ai nak tnye la, cmne ye nk gune Paypal nie
cik ai da register da
pastu die surh top up akaun Paypal gune RHB Bank
minimum amaun untuk top up ke akauan Paypal bpe ye?
cik ai xde card credit la
cik ai nk beli barang kat ebay.com la
buley x korunk bg tunjuk ajar kat cik ai

join GA cik ai ye. SINI tau

♥ BRIDE TO BE ♥